Profile Kampung


SKIM TANAH KURNIA RAKYAT JATI

Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati telah dititahkan oleh oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 21 Disember 1983. Kurnia Titah Baginda tersebut telah dibuat semasa meresmikan Majlis Mesyuarat Negeri Kali ke-21 di Dewan Majlis, Bandar Seri Begawan. Kurnia titah Baginda yang berkaitan dengan Skim Ini, ringkasnya adalah mengandungi;-

  • Hasrat KDYMM Paduka Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam supaya mulai tahun 1984 menyediakan satu rancangan besar-besaran untuk membahagikan tanah kepada rakyat jati yang tidak mempunyai tanah untuk membolehkan mereka mendirikan rumah kediman sendiri di atas tanah itu; 
  • Skim Pembahagian tanah ini akan dikaitkan dengan Tabung Bantuan Pembinaan Rumah bagi membolehkan rakyat jati yang mendapat tanah dibawah Skim ini untuk membina rumah kediaman; 
  • Skim ini akan diadakan di semua Daerah di Negara ini.
  • Pesertapeserta untuk skim ini adalah tanpa mengira sama ada mereka berkhidmat dengan Kerajaan atau tidak

  • Rancangan pembahagian tanah ini adalah sebagai tambahan kepada rancangan-rancangan perpindahan yang sedang berjalan. 
Pada tahap yang ada sekarang, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan telah mengelolakan pembinaan rumah-rumah sebagai kaedah yang dipakai bagi memenuhi Tabung Bantuan Pembinaan Rumah, Pihak Kerajaan secara pendahuluan melaksanakan pembinaan rumah-rumah dan harga rumah akan dibayar balik oleh mereka yang berjaya secara beransur-ansur.

Bagi Daerah Brunei dan Muara Kawasan Lambak kiri adalah merupakan kawasan pertama yang telah dirancangkan dan dikenalpasti untuk dimajukan bagi Skim ini, di mana seluas 81 hektar tanah telah diperuntukan.

Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Lambak Kiri ini mula berpindah pada tahun 1992-1993 terbahagi kepada dua jenis perumahan iaitu jenis batu dan kayu.

  KAMPONG LAMBAK KIRI / SEKITARNYA, JALAN PASIR BERAKAS
  
Jalan Pasir Berakas adalah merupakan sebahagian daripada Kampong Lambak Kiri yang mana jalan ini adalah merupakan kawasan sekitar behampiran dengan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Lambak Kiri dan Berakas Garissen.


SKIM TANAH KURNIA RAKYAT JATI DAN KAWASAN SEKITARNYA KAMPONG LAMBAK KIRI
 




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan